Kepakaran kami · Convert content kepada sales

Content banyak.
Sales masih sendu?

RareD bantu business anda convert content kepada sales.Anda mungkin sudah post setiap hari, ikut trend dan pernah dapat banyak views. Tetapi kalau WhatsApp masih sunyi dan pelanggan belum membeli, content itu baru menarik perhatian—belum membantu menjual.

Pakej bermula RM1,500/bulan · Berbincang terus melalui WhatsApp

Dari perhatian
kepada pembelian.
RareD selected work · 2024–2026
▶ RareD Showreel
Bukti bahawa content boleh menarik perhatian
97.2K30-day views · Outdoor Expo
105.8K30-day views · Sari Ratu
114KTop-performing reel
Daripada penonton kepada pembeli

Viral belum tentu laku.
Visibility belum tentu sales.

Orang boleh menonton, ketawa dan berkongsi—kemudian terus lupa. RareD merancang setiap content untuk membawa orang yang betul lebih dekat kepada keputusan membeli.

Apa yang selalu berlaku

Team penat menghasilkan content. Posting berjalan setiap hari. Views dan visibility naik. Tetapi WhatsApp masih sunyi, outlet tidak bertambah sibuk dan pelanggan belum membeli.

Apa yang RareD ubah

Kami sambungkan hook, cerita, bukti, offer dan call-to-action supaya content bukan berhenti pada perhatian—tetapi bergerak menuju sales.

01 · Tarik perhatian

Tarik orang yang betul.

Hook, visual dan cerita yang menarik bakal pelanggan—bukan sekadar mengejar angka views.

Hasil: lebih ramai bakal pelanggan menonton
02 · Bina keyakinan

Buat mereka percaya.

Testimoni, penerangan mudah dan cerita di sebalik business yang menjawab keraguan sebelum pelanggan bertanya.

Hasil: brand lebih dipercayai dan diingati
03 · Gerakkan tindakan

Beri sebab untuk membeli.

Offer, call-to-action dan perjalanan WhatsApp yang jelas supaya pelanggan tahu mengapa, bagaimana dan bila mereka patut bertindak.

Hasil: lebih banyak enquiry, kunjungan dan sales
Real work. Live on TikTok.

Jangan percaya cakap kami.
Tengok sendiri content yang bergerak.

Ini bukan mockup atau gambar yang dipilih untuk nampak cantik. Tonton terus hasil kerja RareD daripada akaun TikTok pelanggan sebenar.

Video dipaparkan terus daripada TikTok. Kandungan terbaru akan berubah mengikut kemas kini akaun pelanggan.

Pakej bulanan · minimum 3 bulan

Mulakan ikut keperluan business anda.

Anda tidak perlu membeli pakej paling mahal. Pilih tahap bantuan yang menyelesaikan masalah anda sekarang.

Masalah: content tidak konsisten

Engage

RM1,500sebulan · content production sahaja

Anda boleh mengurus posting sendiri, tetapi kekurangan masa, idea atau team untuk menghasilkan content yang konsisten.

  • Monthly content direction
  • 6 short-form videos
  • 6 supporting assets
  • 1 shooting session hingga 3 jam
  • Hook, caption, subtitle & 1 revision
Pilih Engage →
Masalah: views ada, sales belum bergerak

Convert

RM5,000sebulan · full growth direction

Product dan offer anda sudah jelas. Sekarang anda perlukan content, ads dan perjalanan pelanggan yang membawa lebih ramai orang kepada enquiry dan sales.

  • Full monthly growth direction
  • 12 short-form videos + 8 supporting assets
  • 4 conversion-focused creatives
  • Management sehingga 3 platform
  • Meta atau TikTok ads management
  • Tracking, WhatsApp journey & perbincangan bulanan
Pilih Convert →

Ad spend, bayaran KOL/influencer, paid talent, perjalanan luar kawasan dan kos pihak ketiga tidak termasuk. “Viral” ialah nama pakej—bukan jaminan jumlah views. RareD meningkatkan potensi reach melalui research, hooks, execution, distribution dan data.

Daripada ragu kepada jelas

“Saya dah cuba. Kenapa kali ini berbeza?”

Keraguan itu wajar. Ramai business owner pernah bayar untuk content yang cantik tetapi tidak tahu apa kesannya kepada business.

Saya dah pernah ambil freelancer atau agency. Apa beza RareD?

Kami tidak bermula dengan kamera. Kami bermula dengan tiga soalan: siapa yang perlu membeli, mengapa mereka masih ragu dan tindakan apa yang kita mahu mereka ambil. Selepas itu barulah kami bina content, distribution dan call-to-action.

Views tinggi mesti menghasilkan sales?

Tidak semestinya. Views menunjukkan perhatian, bukan keputusan membeli. Sales memerlukan audience yang betul, mesej yang meyakinkan, offer yang jelas dan perjalanan membeli yang mudah. RareD membantu menyambungkan semua bahagian itu.

Adakah RareD menjamin content akan viral?

Tidak. Tiada agency boleh menjamin viral secara jujur. Kami meningkatkan peluang melalui research, hook, format, execution dan testing—kemudian memperbaiki content berdasarkan data sebenar.

Adakah RareD menjamin sales?

Sales turut dipengaruhi oleh product, harga, offer, stok, servis dan closing process. Kami tidak menjanjikan angka tanpa memahami business anda. Tanggungjawab RareD ialah memastikan content lebih dekat kepada objektif sales dan setiap bulan kita tahu apa yang patut diteruskan, diperbaiki atau dihentikan.

Pakej mana sesuai untuk business saya?

Engage jika masalah anda ialah penghasilan content. Viral jika anda perlukan content dan social media management. Convert jika views sudah ada tetapi anda perlukan ads dan perjalanan pelanggan yang lebih jelas menuju enquiry serta sales.

Bagaimana kami bermula?

Kami audit akaun dan offer anda dahulu. Kemudian kita berbincang tentang audience, cabaran dan sasaran business. Jika ada kesesuaian, barulah kita pilih pakej, bina content direction dan tetapkan langkah seterusnya.

Free content opportunity audit

Hantar account.
Kami identify kenapa tak convert.

Mungkin masalahnya bukan kurang content. Mungkin hook menarik orang yang salah, mesej belum meyakinkan atau call-to-action terlalu lemah. RareD akan kenal pasti satu masalah utama dan beri tiga idea yang lebih dekat kepada sales—tanpa kewajipan membeli.

1 punca utama3 idea content1 sales direction

Biar kami lihat apa yang belum convert

Tiada hard sell. Kami akan cadangkan langkah yang paling praktikal untuk business anda.

Semak Content Saya →